Tentang Kami
Selamat Datang ke laman EziArchery. EziArchery adalah gabungan kelas di bawah nama Ezi2Swim.com. Pada awalnya, Eziarchery memulakan operasi di Club House Bukti Mahkota kemudian berpindah ke Padang Sekolah Kebangsaan Jalan 4 Bandar Baru Bangi sebagai tapak operasi yang baru. Dan sekarang, Eziarchery membuka kelas memanah cawangan kedua di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya. EziArchery juga akan bergerak dari kawasan-kawasan tertentu untuk event memanah. EziArchery adalah sebuah kelas archery atau kelas memanah yang disediakan untuk sesiapa yang hendak belajar memanah dan mendalami ilmu tentang memanah.Bagi yang telah mempunyai pengalaman dan tiada tapak yang sesuai untuk berlatih, Eziarchery juga menyediakan kawasan memanah bagi sesiapa yang hendak berlatih memanah atau untuk memenuhi aktiviti semasa cuti sekolah dan sebagainya. Selain itu, Eziarchery juga menyediakan sewaan peralatan memanah bagi individu,kumpulan atau syarikat,pertubuhan, yang hendak melakukan aktiviti atau program memanah. Dan juga, Eziarchery menjual peralatan memanah hand-made bagi sesiapa yang hendak membelinya dengan harga yang murah. Eziarchery menyediakan kelas personal/one on one bagi sesiapa/keluarga yang hendak belajar di kawasan berdekatan dengan pelajar tersebut. Seterusnya, Eziarchery menyediakan kelas bagi tadika-tadika, sekolah, maahad tahfiz, surau/masjid dan group2 tertentu yang hendak melakukan aktiviti kelas memanah.
Kelas EziArchery kebiasaannya mengunnakan busur tradisional tetapi Eziarchery juga menyediakan kelas untuk recurve dan compound.
Bagi muslimat atau perempuan yang malu-malu untuk belajar memanah, pihak Eziarchery ada pengajar muslimat atau perempuan yang mana pelajar perempuan tidak perlu malu atau segan silu untuk belajar memanah. Bagi sesiapa yang hendak melakukan latihan memanah, memenuhi masa lapang dengan melakukan aktiviti memanah, atau pihak-pihak hotel,kolej,universiti,atau booth2, dan ibu bapa yang hendak menghantar anak- anak mereka serta ibu bapa sendiri yang ingin bermain atau belajar memanah boleh hubungi kami di
019 - 613 3839 (whatsapp)
019 - 613 3839 (Call)
atau boleh menghantar email ke
Co-operate with : Ezi2Swim.com